Wednesday 31 July 2013

Pada 26 Julai 2013, saya bersama-sama dengan pekerja-pekerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ayer Kuning menyiapkan kad raya dan kad jemputan daripada Dato' Haji Samsudin kepada belia-belia dan juga penduduk kawasan DUN Ayer Kuning.



Alhamdulillah semua kad raya dan kad jemputan telah di pos.

Monday 22 July 2013

PROGRAM BERTEMU PENIAGA-PENIAGA BAZAAR RAMADHAN TAPAH

Pada 20 Julai 2013, Dato' Haji Samsudin bersama-sama semua Tok Sidang di kawasan Air Kuning dan juga staf-staf yang lain bertemu dengan peniaga-peniaga bazaar Ramadhan Tapah berhadapan Pejabat Cukai & Tanah Batang Padang. Kami mengedarkan takwim berbuka puasa kepada peniaga-peniaga dan juga pelanggan-pelanggan.









Thursday 18 July 2013

PROGRAM IHYA' RAHMAT RAMADHAN WARGA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Pada 17 Julai 2013, telah berlangsung Program Ihya' Rahmat Ramdhan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 02, Sungkai. Dato' Haji Samsudin turut menyertai program ini bersama-sama dengan ADUN Slim River, ADUN Behrang, dan lain-lain.





Tetamu khas bagi program ini ialah Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Sri Najib bin Tun HJ Abdul Razak, Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin ABD. Kadir dan juga Pengarah FELDA, 
Tan Sri Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Dato' Abd Samad

Saya telah bertemu dengan interns dari DUN Slim dan DUN Behrang, kami bersama-sama berbuka puasa di program tersebut.

Tuesday 16 July 2013

MINIT MESYUARAT ISU PENAMATAN PENYEWAAN ANGSANA IPOH MALL

Pada hari Selasa, 16 Julai 2013 adalah hari pertama saya mula bertugas dengan mengikuti mesyuarat bersama Dato' Haji Samsudin di SUK Ipoh. Mesyuarat tersebut berkaitan dengan isu penyewa-penyewa di situ tidak membayar sewa premis atau tunggakan kepada UDA Mall.

Penyewa-penyewa tersebut telah membayar sewa sebelum ini kepada seseorang yang di katakan bertanggungjawab untuk mengutip duit sewa premis mereka itu. Apabila penyewa-penyewa menerima notis daripada penguam bahawa mereka mempunyai tunggakan atau tidak membayar sewa premis kepada UDA Mall. Oleh itu, penyewa-penyewa mula hairan dan marah kenapa mereka mendapat notis tersebut bahawa mereka mempunyai tunggakan sedangkan mereka telah membayar sewa tersebut seperti biasa. Kemungkinan ini adalah kes di aniaya tetapi kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis untuk mendapat kesahsihan mengenai masalah ini.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik dan juga memberi penjelasan yang jelas daripada Ketua Pegawai Operasi UDA Mall itu sendiri kerana penyewa-penyewa tersebut telah mendengar tomahan yang negatif dari sumber luar mengenai masalah ini dan juga UDA Mall.

Masalah ini masih tidak selesaikan lagi tetapi penyewa-penyewa dapat menerima segala penjelasan yang telah di berikan oleh Ketua Pegawai tersebut.


>gambar tidak dapat di ambil kerana suasan di dalam bilik mesyuarat sangat tegang.

Monday 15 July 2013

Mukadimah...

Assalamualaikum, saya Nur Hanis Farhah bt Anuar akan mula melaporkan diri pada esok hari di Pejabat EXCO Hal Ehwal Pengguna, Sumeber Manusia dan Masyarkat di SUK Ipoh, sebagai pembantu khas YB Dato' Samsudin bin Abu Hassan. Sebarang maklumat, cadangan, atau aduan...anda boleh tulis di blog ini. Saya merupakan salah seorang peserta Program Perak Amanjaya Internship 2013.

Terima Kasih ^_^