Penyewa-penyewa tersebut telah membayar sewa sebelum ini kepada seseorang yang di katakan bertanggungjawab untuk mengutip duit sewa premis mereka itu. Apabila penyewa-penyewa menerima notis daripada penguam bahawa mereka mempunyai tunggakan atau tidak membayar sewa premis kepada UDA Mall. Oleh itu, penyewa-penyewa mula hairan dan marah kenapa mereka mendapat notis tersebut bahawa mereka mempunyai tunggakan sedangkan mereka telah membayar sewa tersebut seperti biasa. Kemungkinan ini adalah kes di aniaya tetapi kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis untuk mendapat kesahsihan mengenai masalah ini.
Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik dan juga memberi penjelasan yang jelas daripada Ketua Pegawai Operasi UDA Mall itu sendiri kerana penyewa-penyewa tersebut telah mendengar tomahan yang negatif dari sumber luar mengenai masalah ini dan juga UDA Mall.
Masalah ini masih tidak selesaikan lagi tetapi penyewa-penyewa dapat menerima segala penjelasan yang telah di berikan oleh Ketua Pegawai tersebut.
>gambar tidak dapat di ambil kerana suasan di dalam bilik mesyuarat sangat tegang.
No comments:
Post a Comment