INTRODUCTION





Salam Perak Amanjaya, "Amanjaya Internship 2013" sebuah program "political internship" yang bermula awal bulan Julai sehingga 9 September 2013. Pelajar yang berjaya dipilih akan berkhidmat sebagai Research Officer/Pembantu Khas kepada ADUN-ADUN di Perak. 
     
        Pada 10 Julai 2013, telah berlangsung majlis penyerahan tugas kepada 31 orang peserta atau pelajar yang telah terpilih untuk Amanjaya Internship 2013 ini di Bangunan UMNO Ipoh. Saya Nur Hanis Farhah bt. Anuar merupakan salah seorang daripada 31 peserta tersebut, dan saya telah ditempatkan di DUN Ayer Kuning untuk ditugaskan dengan Dato' Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan. Kami merupakan batch yang pertama bagi program ini dan kami berharap kami dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan menimba banyak ilmu dan pengalaman.

Dengan program ini, kami dapat meningkatkan sikap kepimpinan dan nilai-nilai seorang pemimpin yang berjaya dalam diri kami untuk masa hadapan. program ini sangat bagus untuk generasi muda zaman sekarang supaya dapat melahirkan generasi muda yang dapat memimpin negara suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment