ADUN AYER KUNING


Negeri: 
TAPAH
Parlimen: 
Perak
Parti: 
BN - UMNO
Kod Parlimen: 
P072
Kod Dun: 
N47
Nama Dun: 
AYER KUNING

YB Dato Hj Samsudin Bin Haji Abu Hassan dilahirkan pada 10 Julai 1959 di Teluk Intan, Perak. Beliau kini berusia 54 tahun, sudah berkahwin dan dikurniakan dengan tujuh orang anak. 
Pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan, dari Open University Malaysia ini, beliau sebenarnya gemar bermain guli di zaman kanak-kanak. Ketika di universiti, beliau pernah mencabar dan bertikam lidah dengan seorang pensyarah  tentang perbezaan polisi antara parti PAS dan UMNO. 
Di masa lapang, YB Dato Hj Samsudin gemar bermain bowling untuk melepaskan tekanan kerja dan tuntutan menjadi seorang ahli politik. Untuk berhubung dengan masyarakat dan pengundi setempat secara lebih efektif, YB Dato Hj Samsudin turut menggunakan pendekatan laman Facebook, Twitter, dan blog. Beliau gemar menggunakan telefon pintar iPhone kerana aplikasi yang mudah dan mesra-pengguna. 


No comments:

Post a Comment