Tuesday 20 August 2013

Tarikh : 11.8.2013
Masa : 11.00 Pg.-3.00 Ptg.
Tempat : Perkarangan Kediaman Dato' Haji Samsudin di Kg. Tanjung Keramat
Program : Sambutan Jamuan Hari Raya











Walaupun pada mulanya hujan gerimis ketika majlis berlangsung tapi ia memberi rahmat dan orang-orang sangat ramai menghadiri majlis tersebut. Kanak-kanak telah menerima duit raya daripada Dato' haji Samsudin dan isteri. 

Turut juga yang hadir iaitu Ahli DUN Chenderiang, Dato' Dr Mah Hang Soon. Saya dan staf-staf Pusat Khidmat Masyarakat menjadi penyambut tetamu di majlis tersebut. Majlis berlangsung dengan meriah dan pelbagai kaum yang hadir ke majlis ini. Dengan ini, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelbagai kaum dan menwujudkan perpaduan masyarakat.

Semua tetamu menjamu selera dengan gembira dan pelbagai hidangan yang di sediakan seperti sate, cendol, ABC, lemang, murtabak, laksa, dan lain-lain lagi. 

Thursday 1 August 2013

Pada 30 Julai 2013, telah diadakan Program sumbangan pada ibu tunggal dan fakir miskin anjuran Yayasan 1MDB dan anjuran bersama Pusat khidmat ADUN Ayer Kuning - 30 Julai 2013 Selasa jam 6.00 petang di Masjid Jamek Tanjung Keramat. Ibu tunggal dan fakir miskin dari 30 buah kampung di kawasan DUN Air Kuning. Majlis ini berlangsung sehingga berbuka puasa bersama-sama ibu-ibu tunggal dan fakir miskin. Saya bersama-sama dengan perkerja-perkerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Kuning menjadi urusetia bagi program ini, ketua-ketua kampung turut menyertai program ini.












Terdapat juga masalah yang telah berlaku di program ini, ada peserta untuk program ini mahu pulang awal sebelum majlis ini bermula kerana ingin masak untuk berbuka, peserta tersebut perlu tahu bahawa program ini berlangsung sehingga berbuka puasa. Selain itu, kerusi untuk penduduk yang hadir tidak mencukupi tetapi untuk peserta memang cukup. Tambahan pula, ada beberapa penduduk yang tidak tersenarai sebagai peserta untuk program ini mengambil sumbangan, malah mereka bukan dari kawasan Tapah, kemungkinan mereka menipu dan mengambil kesempatan. Tetapi alhamdulillah program itu berakhir dengan lancar dan segala masalah telah di selesai dengan baik. Setiap peserta menerima duit raya daripada Dato' Hj Samsudin dan 1 kotak mengandungi makanan keperluan daripada 1MDB.
Pada 28 Julai 2013, telah berlangsung Majlis Sumbangan Bantuan Anak-Anak Yatim sempena Sambutan Aidilfitri dianjurkan oleh YPM dan anjuran bersama ADUN Air Kuning di MYDIN Kampar. Anak-anak yatim seramai 30 orang lebih. Mereka menerima baju raya untuk Hari Aidilfitri dan juga duit raya daripada Dato' Hj Samsudin dan YPM.



Anak-Anak Yatim yang baru selesai membeli belah sedang menunggu majlis penyerahan duit raya dari YPM