Thursday 1 August 2013

Pada 30 Julai 2013, telah diadakan Program sumbangan pada ibu tunggal dan fakir miskin anjuran Yayasan 1MDB dan anjuran bersama Pusat khidmat ADUN Ayer Kuning - 30 Julai 2013 Selasa jam 6.00 petang di Masjid Jamek Tanjung Keramat. Ibu tunggal dan fakir miskin dari 30 buah kampung di kawasan DUN Air Kuning. Majlis ini berlangsung sehingga berbuka puasa bersama-sama ibu-ibu tunggal dan fakir miskin. Saya bersama-sama dengan perkerja-perkerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Kuning menjadi urusetia bagi program ini, ketua-ketua kampung turut menyertai program ini.












Terdapat juga masalah yang telah berlaku di program ini, ada peserta untuk program ini mahu pulang awal sebelum majlis ini bermula kerana ingin masak untuk berbuka, peserta tersebut perlu tahu bahawa program ini berlangsung sehingga berbuka puasa. Selain itu, kerusi untuk penduduk yang hadir tidak mencukupi tetapi untuk peserta memang cukup. Tambahan pula, ada beberapa penduduk yang tidak tersenarai sebagai peserta untuk program ini mengambil sumbangan, malah mereka bukan dari kawasan Tapah, kemungkinan mereka menipu dan mengambil kesempatan. Tetapi alhamdulillah program itu berakhir dengan lancar dan segala masalah telah di selesai dengan baik. Setiap peserta menerima duit raya daripada Dato' Hj Samsudin dan 1 kotak mengandungi makanan keperluan daripada 1MDB.

No comments:

Post a Comment