Tarikh : 11.8.2013
Masa : 11.00 Pg.-3.00 Ptg.
Tempat : Perkarangan Kediaman Dato' Haji Samsudin di Kg. Tanjung Keramat
Program : Sambutan Jamuan Hari Raya
Walaupun pada mulanya hujan gerimis ketika majlis berlangsung tapi ia memberi rahmat dan orang-orang sangat ramai menghadiri majlis tersebut. Kanak-kanak telah menerima duit raya daripada Dato' haji Samsudin dan isteri.
Turut juga yang hadir iaitu Ahli DUN Chenderiang, Dato' Dr Mah Hang Soon. Saya dan staf-staf Pusat Khidmat Masyarakat menjadi penyambut tetamu di majlis tersebut. Majlis berlangsung dengan meriah dan pelbagai kaum yang hadir ke majlis ini. Dengan ini, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelbagai kaum dan menwujudkan perpaduan masyarakat.
Semua tetamu menjamu selera dengan gembira dan pelbagai hidangan yang di sediakan seperti sate, cendol, ABC, lemang, murtabak, laksa, dan lain-lain lagi.
AMANJAYA INTERNSHIP 2013 (DUN Ayer Kuning)
Assalamualaikum.. kepada blogger2 atau sesiapa sahaja yang melihat blog ini, bolehlah mengikuti segala perkembangan mengenai ADUN Ayer Kuning (N47), YB Dato' Samsudin bin Abu Hassan. juga boleh beri pendapat, cadangan, atau aduan. InsyaAllah..kami akan cari jalan penyelesaiannya.
Tuesday, 20 August 2013
Thursday, 1 August 2013
Pada 30 Julai 2013, telah diadakan Program sumbangan pada ibu tunggal dan fakir miskin anjuran Yayasan 1MDB dan anjuran bersama Pusat khidmat ADUN Ayer Kuning - 30 Julai 2013 Selasa jam 6.00 petang di Masjid Jamek Tanjung Keramat. Ibu tunggal dan fakir miskin dari 30 buah kampung di kawasan DUN Air Kuning. Majlis ini berlangsung sehingga berbuka puasa bersama-sama ibu-ibu tunggal dan fakir miskin. Saya bersama-sama dengan perkerja-perkerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Kuning menjadi urusetia bagi program ini, ketua-ketua kampung turut menyertai program ini.
Terdapat juga masalah yang telah berlaku di program ini, ada peserta untuk program ini mahu pulang awal sebelum majlis ini bermula kerana ingin masak untuk berbuka, peserta tersebut perlu tahu bahawa program ini berlangsung sehingga berbuka puasa. Selain itu, kerusi untuk penduduk yang hadir tidak mencukupi tetapi untuk peserta memang cukup. Tambahan pula, ada beberapa penduduk yang tidak tersenarai sebagai peserta untuk program ini mengambil sumbangan, malah mereka bukan dari kawasan Tapah, kemungkinan mereka menipu dan mengambil kesempatan. Tetapi alhamdulillah program itu berakhir dengan lancar dan segala masalah telah di selesai dengan baik. Setiap peserta menerima duit raya daripada Dato' Hj Samsudin dan 1 kotak mengandungi makanan keperluan daripada 1MDB.
Terdapat juga masalah yang telah berlaku di program ini, ada peserta untuk program ini mahu pulang awal sebelum majlis ini bermula kerana ingin masak untuk berbuka, peserta tersebut perlu tahu bahawa program ini berlangsung sehingga berbuka puasa. Selain itu, kerusi untuk penduduk yang hadir tidak mencukupi tetapi untuk peserta memang cukup. Tambahan pula, ada beberapa penduduk yang tidak tersenarai sebagai peserta untuk program ini mengambil sumbangan, malah mereka bukan dari kawasan Tapah, kemungkinan mereka menipu dan mengambil kesempatan. Tetapi alhamdulillah program itu berakhir dengan lancar dan segala masalah telah di selesai dengan baik. Setiap peserta menerima duit raya daripada Dato' Hj Samsudin dan 1 kotak mengandungi makanan keperluan daripada 1MDB.
Pada 28 Julai 2013, telah berlangsung Majlis Sumbangan Bantuan Anak-Anak Yatim sempena Sambutan Aidilfitri dianjurkan oleh YPM dan anjuran bersama ADUN Air Kuning di MYDIN Kampar. Anak-anak yatim seramai 30 orang lebih. Mereka menerima baju raya untuk Hari Aidilfitri dan juga duit raya daripada Dato' Hj Samsudin dan YPM.
Anak-Anak Yatim yang baru selesai membeli belah sedang menunggu majlis penyerahan duit raya dari YPM
Wednesday, 31 July 2013
Monday, 22 July 2013
PROGRAM BERTEMU PENIAGA-PENIAGA BAZAAR RAMADHAN TAPAH
Pada 20 Julai 2013, Dato' Haji Samsudin bersama-sama semua Tok Sidang di kawasan Air Kuning dan juga staf-staf yang lain bertemu dengan peniaga-peniaga bazaar Ramadhan Tapah berhadapan Pejabat Cukai & Tanah Batang Padang. Kami mengedarkan takwim berbuka puasa kepada peniaga-peniaga dan juga pelanggan-pelanggan.
Thursday, 18 July 2013
PROGRAM IHYA' RAHMAT RAMADHAN WARGA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Pada 17 Julai 2013, telah berlangsung Program Ihya' Rahmat Ramdhan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 02, Sungkai. Dato' Haji Samsudin turut menyertai program ini bersama-sama dengan ADUN Slim River, ADUN Behrang, dan lain-lain.
Saya telah bertemu dengan interns dari DUN Slim dan DUN Behrang, kami bersama-sama berbuka puasa di program tersebut.
Tetamu khas bagi program ini ialah Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Sri Najib bin Tun HJ Abdul Razak, Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin ABD. Kadir dan juga Pengarah FELDA,
Tan Sri Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Dato' Abd Samad. Saya telah bertemu dengan interns dari DUN Slim dan DUN Behrang, kami bersama-sama berbuka puasa di program tersebut.
Tuesday, 16 July 2013
MINIT MESYUARAT ISU PENAMATAN PENYEWAAN ANGSANA IPOH MALL
Pada hari Selasa, 16 Julai 2013 adalah hari pertama saya mula bertugas dengan mengikuti mesyuarat bersama Dato' Haji Samsudin di SUK Ipoh. Mesyuarat tersebut berkaitan dengan isu penyewa-penyewa di situ tidak membayar sewa premis atau tunggakan kepada UDA Mall.
Penyewa-penyewa tersebut telah membayar sewa sebelum ini kepada seseorang yang di katakan bertanggungjawab untuk mengutip duit sewa premis mereka itu. Apabila penyewa-penyewa menerima notis daripada penguam bahawa mereka mempunyai tunggakan atau tidak membayar sewa premis kepada UDA Mall. Oleh itu, penyewa-penyewa mula hairan dan marah kenapa mereka mendapat notis tersebut bahawa mereka mempunyai tunggakan sedangkan mereka telah membayar sewa tersebut seperti biasa. Kemungkinan ini adalah kes di aniaya tetapi kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis untuk mendapat kesahsihan mengenai masalah ini.
Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik dan juga memberi penjelasan yang jelas daripada Ketua Pegawai Operasi UDA Mall itu sendiri kerana penyewa-penyewa tersebut telah mendengar tomahan yang negatif dari sumber luar mengenai masalah ini dan juga UDA Mall.
Masalah ini masih tidak selesaikan lagi tetapi penyewa-penyewa dapat menerima segala penjelasan yang telah di berikan oleh Ketua Pegawai tersebut.
>gambar tidak dapat di ambil kerana suasan di dalam bilik mesyuarat sangat tegang.
Subscribe to:
Posts (Atom)